Thursday 13 August 2020

About Me


Hai dan selamat datang ke blog pertama saya. Nama saya nor syatilla haerany binti abd ghani.Ramai yang memanggil  saya dengan panggilan tilla. Saya isteri kepada suami tercinta iaitu  encik hadi, ibu kepada seorang puteri dan dua orang putera yang comel  dan seorang pensyarah kimia yang sempoi di Kolej Matrikulasi Kedah. Memandangkan saya hanya mempunyai dua orang adik beradik, saya agak manja orangnya dan kurang keyakinan diri. Maka, setelah menamatkan pengajian di peringkat matrikulasi , saya telah memilih kelapan-lapan pilihan di dalam borang UPU berkaitan bidang perguruan. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan kerana saya terpilih untuk mengikuti pengajian pendidikan sains (kimia) di  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Setelah berjaya mendapat segulung ijazah, saya telah  ditawarkan untuk bertugas di Kolej Matrikulasi Kedah  sejak tahun 2007 sehinggalah sekarang. Saya berharap saya dapat memperkembangkan kerjaya saya ke peringkat yang lebih tinggi setelah menamatkan pengajian sarjana saya.

Blog ini diilhamkan sempena pengajian saya di peringkat sarjana supaya saya dapat merakamkan saat manis sepanjang pengajian saya. Objektif penulisan blog ini adalah  untuk meningkatkan kemahiran penulisan yang telah lama saya tinggalkan dan meminimakan penggunaan kertas di dalam kelas. Blog ini juga dapat dijadikan tempat untuk saya bercerita, meluahkan perasaan dan berkongsi idea dan informasi.  Pelajar saya juga  boleh mengakses blog ini untuk kemudahan pembelajaran mereka. Saya akan memuatnaik  nota, latihan dan alat bantu mengajar yang berkaitan dengan kimia di peringkat matrikulasi. 

Kepada pembaca yang budiman sekalian, sebarang cadangan atau pandangan boleh dikemukakan melalui email syatillahadi@gmail.com.