Refleksi Sepanjang Pembelajaran Subjek SKP 6024

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia..hari ini saya akan membuat sedikit refleksi secara ringkas mengenai subjek Technology and Inovation in Teaching and Learning Chemistry (SKP 6024) yang di ajar oleh Dr Sadiah. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya pelajari sepanjang saya mengikuti kursus ini..Di sini, saya coretkan sedikit sebanyak secara ringkas apa yang telah saya pelajari sepanjang satu semester ini.

Pertemuan  Pertama:

 Pada minggu pertama pertemuan, Dr Sadiah menerangkan mengenai ringkasan mengenai subjek yang akan kami pelajari ini. Dr Sadiah menerangkan pemberatan markah yang diambil daripada tugasan, pembinaan blog,forum, pembetangan dan sebagainya. Saya mula berasa berdebar kerana saya adalah seorang yang kurang berminat terhadap komputer dan teknologi. Tetapi, saya telah berjaya menanam azam di dalam minda saya agar belajar menggunakan semua teknologi yang ada untuk kegunaan pada masa hadapan. Pada minggu ini, Dr Sadiah telah memberikan tugasan individu iaitu menulis mengenai diri, falsafah pengajaran dan pembangunan profesionalisma diri manakala tugasan berkumpulan pula adalah mengenai “Smart School”.Pada sebelah petangnya, kami telah di ajar untuk membuka laman web myguru2  dan cara-cara menggunakan forum secara berkumpulan.Dr Sadiah telah menyediakan empat soalan yang dijadikan topik utama dan kami ditugaskan untuk memberi empat pandangan mengenai soalan-soalan yang dikemukakan dan memberi sekurang-kurangnya dua respon untuk setiap soalan yang dikemukakan kepada pendapat kawan-kawan. Tugasan ini akan dinilai sepanjang semester.

Pertemuan Kedua:

Pertemuan kedua berlangsung ketika bulan Ramadhan kerana kami ada membuat gantian untuk kelas yang kami tidak  hadir sebelum bulan ramadhan kerana kami perlu menghadiri aktiviti kolej . Pada pertemuan ini, kami diberikan tugasan yang agak banyak iaitu melibatkan empat tugasan. Tugasan-tugasan yang diberi adalah seperti membina “crossword”, “wordle”, “word search” dan juga “school in the cloud”. Kami bekerjasama membuat tugasan yang diberikan dengan suasana yang harmoni dan bekerjasama. Saya berasa kagum dengan hasil yang diperolehi kerana saya tidak menyangka dapat menghasilkan  worosswordle, wordsearch dan crossword dengan begitu mudah sekali. Di akhir pengajaran, Dr Sadiah ada memberi tugasan untuk membina satu peta minda yang berbentuk hieraki mengenai subjek pengajaran kami menggunakan X-Mind. Kami juga diminta untuk mencari sebuah jurnal dan perlu mengkritik jual yang kami pilih tersebut. Tugasan ini perlu disediakan menggunakan powerpoint dan dilakukanumpulan secara berkumpulan.

Pertemuan Ketiga:

Pada pertemuan ini,  kami membentangkan hasil kritik jurnal kumpulan kami mengenai “ Rekabentuk Laman Web Berasaskan Inkuiri Penemuan Bagi Tajuk Asid dan Bes Tingkatan Empat”. Dr Sadiah berpuas hati dengan pembentangan kumpulan kami dan memberi pujian terhadap kajian ini kerana kajian ini adalah lengkap. Di akhir pengajaran, kami telah menunjukkan hasil peta konsep yang kami bina menggunakan perisian X-Mind. Dr Sadiah ada memberi sedikit teguran kepada peta konsep saya dan saya terus memperbaikinya agar mengikut kehendak Dr Sadiah.

Pertemuan Keempat:

Pertemuan keempat adalah pertemuan terakhir kami dengan Dr Sadiah. Pada minggu ini kami membuat pembentangan mengenai “Buli Siber”. Kami telah menyediakan “powerpoint” yang menerangkan mengenai fakta tentang buli siber dan yang paling menarik sekali adalah setiap kumpulan diminta meletakkan audio, video ataupun temubual sebagai bahan sokongan kepada persembahan kami

Akhir kata, saya amat berpuas hati dengan gaya pengajaran Dr Sadiah. Kini, saya berasa amat gembira kerana telah tahu cara untuk menggunakan bahan-bahan ICT sebagai bahan sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran saya.

No comments:

Post a Comment