Pengalaman pertama sebagai penulis blog




Pada mulanya saya berasa sangat tertekan apabila pensyarah subjek Technology & Innovation In Teaching and Learning Chemistry (SKP 6024) saya iaitu Dr Sadiah memberi penerangan mengenai kandungan kursus yang terlibat di dalam subjek ini ada melibatkan pembinaan blog..aduhai…saya terus berasa sangat tidak tenteram kerana saya tidak tahu langsung mengenai pembinaan blog…secara jujurnya, sudah menjadi rutin saya sebelum tidur akan membaca blog yang sering saya ikuti kerana ada di antara kenalan-kenalan saya semasa bersekolah di MRSM dulu yang merupakan blogger sepenuh masa tetapi saya tidak pula pernah terfikir untuk membina sebuah blog kerana saya bukanlah seseorang yang mempunyai kemahiran menulis yang tinggi.
       Perkara pertama yang saya lakukan adalah menuntut ilmu  mengenai blog daripada seorang rakan sekerja saya iaitu Encik Kherul Jefri yang mempunyai kemahiran yang tinggi mengenai komputer dan internet walaupun beliau merupakan seorang pensyarah kimia. Beliau telah mengajar saya cara pertama dengan mendaftar kepada blogger.net dengan menggunakan akaun gmail saya. Masalah kedua timbul iaitu masalah untuk memberikan nama kepada blog saya. Saya inginkan nama yang unik dan senang diingati..Akhirnya saya telah memilih nama “ The Chemistry Room” iaitu nama yang sinonim dengan makmal kimia dan sesuai dengan kehendak saya iaitu ingin membina sebuah blog yang mempunyai kaitan dengan subjek kesayangan saya ini.
       Saya seorang yang sukakan sesuatu yang ceria dan teratur. Jadi, saya telah memilih template yang simple yang berlatarbelakangkan warna oren untuk impak yang ceria. Saya menggabungkan warna merah jambu dan hijau untuk menghasilkan latarbelakang yang cantik. Saya banyak belajar cara untuk memasukkan code html untuk kalender, jam dan sebagainya. Semuanya amat menarik bagi saya kerana saya berpeluang untuk mencantikkan blog saya dengan gadget-gadget ini. Saya pernah berasa cuak kerana setelah saya menukar template,semua gadget yang saya masukkan berada dalam keadaan yang tidak teratur. Kejadian ini telah menyebabkan saya hampir berputus asa tetapi guru kedua saya iaitu “Youtube” telah membantu dan juga berkat kesabaran saya membetulkannya semula.
       Akhir kata, saya berasa bersyukur kerana tugasan Dr Sadiah ini menyebabkan saya telah Berjaya menghasilkan sebuah blog. Saya berharap saya akan dapat mengekalkan blog ini dan mendapat banyak follower untuk menaikkan semangat saya terus dapat membuat coretan di dalam blog ini. Mana tahu suatu hari nanti, blog ini dapat menjana pendapatan sampingan kepada saya sekiranya saya mendaftar dengan Nuffnag..

No comments:

Post a Comment